BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, May 19, 2008

~KOREK KOCEK~

ADUHHHHHHH....bocor lg
asik ilang je, nk ngadu kt biro tatatertib negara la cmni...
kruk kruk kru (garu kepala smbil pejam mata)

xpe la, wit snang cr, bini susaaaaaaaaaaaaaa wooooooooo...
aku nk kawen 2 mggu lg.......GUD LUCK 2 ME..

Sunday, May 11, 2008

"kurang mkn.....

menghitung hari...cm pmpuan je...
penimbang berat pn rosak, cm tau2 je bdn aku ni x perlu d'timbang..
pinggang 31, berat 53, mak aih ringan..

kurang sbln nie, berat bdn x naek2, beras da naek??? tambah payment catering nmpknye..
huh derita...awal blan mkn besar, ujung blan lubang d'kocek pn makin besar..

::MASALAH::
cuci keta dekat 1 jam, x spi 10 minit kotor balik...
makn dekat 10 minit, nk naik 2 kilo tggu 2 bulan...hampehhhhhh

albert einstein????cipta p'nyelesaian???

perot buncit berkaki kecik...xde k'stabilan...berat cam2 jugak.
muke x ensem, tp itam manis...CUTE!!!!hahahaha

nasib baik laku, kawen jugak aku.........
syukur...

RE!union
sbtu lpas jpa kwn2 lm, ya allah gemuk2 kwn2 aku, cemburu la...gajah pn takutkan tikus..aku nk jd tikus...best..tp xnk la..aku nk jd org, bole kawen ;)

*"aku sepak ko kalu ungkit pasal badan!!!!!!.." ~BERNAMA~

Monday, May 5, 2008

Sebab2 hantaran mahal..

kat sini aku ade beberapa sebab kenapa sekarang hantaran makin mahal, Hah!!!! korang bacalah :

Sebab
  1. anak pompuan sorang
  2. anak pompuan sekolah tinggi 20 tingkat
  3. anak pompuan paling jambu dlm family
  4. anak pompuan kerja high post
  5. anak pompuan biase pakai barang branded
  6. anak pompuan yg tastenye....berkajang-kajang kalau disenaraikan
  7. kakak belum kawen; jd kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
  8. anak pompuan yg rasa dirinya....lengkap segala-gala
  9. bapak pompuan tokey kayu balak; mak pulak bekas eksekutif
  10. anak pompuan tu pun jenis erk....semacam jerk

selalunya jawapan yang diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat ( ni diorg bebual antara family lelaki je ) :

  1. "Eh! nak meniaga anak ke pe ke? "Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih
  2. " Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
  3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
  4. "Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenyek je."
  5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
  6. "Lupakan sudah budak pompuan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"

kata2 dari sebelah pompuan yg lelaki ingin sangat nak dengar :

  1. "ikut suka hatilah.Berapa yang lelaki kasi; kita amek je. Membe tak cerewet."
  2. "Takpela.Kalau tak boleh adakan sekarang; kawen dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
  3. "jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kitorang sponsor."
  4. "pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10 % je."
  5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Amek free pun takpe. Anak pompuan kita ramai lagi."
  6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama. Kira 2 for the prize 1 ler. Risau lah kakaknya tak kawen-kawen."

kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abes punye; jawapannya :

  1. "Okay setuju. Kita up lagi RM 10,000.00. Nothing much ler."
  2. "Ehh sikit nah! Camni taknak lah. Tak sama standard ngan kita punya expectation ler."
  3. "Ni hantaran kira rupiah ke Sing Dollats?Kita cuma simpan American Dollars je."
  4. "Ni tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke; boleh kata semua credit card kita ada lah."
  5. "Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta Lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
  6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia baju tidur. Murah nah?"

Haaaa...tu lah beberapa karenah orang melayu kita ni. Jadi untuk pasangan2 yang nak kawin tu; bincang betul2 antara korang dengan family dalam hal ni.

p/s : aku pun tak tau nak cakap per..tp pd aku menda2 cmni pn ade betulnye jugak....sajer post gurau2, hehehe jangan marah yer org2 yg da plan nk kawen. pesanan aku, mendirikan masjid tu pahala nye besarrrrrrrr! Cewahhhhhhh!

wallllllllllllllllllahhh



Cantekkkkkk..tapi x berape nk ingat kt mane....

Friday, May 2, 2008

:::PAK LEH BANGGA:::



aku bukan designer, bukan keje kedai barang pengantin, lagi la bukan orang seni.....
aku ni juruteknik...tp hari ini dlm sejarah, siap bekas hantaran hasil usaha aku sendiri..
POK LEH BANGGO DENGA MO PEJA>>>kui kui kui

Thursday, May 1, 2008

just thinkin'

Girl: Do I cross your mind?
Boy: NO

Girl: Do you like me?
Boy: Not really

Girl: Do you want me?
Boy: No

Girl: Would you cry if I left?
Boy: No

Girl: Would you live for me?
Boy: No

Girl: Would you do anything for me?
Boy: No

Girl: Choose--me or ur life
Boy: my life

The girl runs away in shock and pain and the boy runs after her and says...

The reason you never cross my mind is because you're always on my mind.

The reason why I don't like you is because I love you.

The reason I don't want you is because I need you.

The reason I wouldn't cry if you left is because I would die if you left.

The reason I wouldn't live for you is because I would die for you.

The reason why I'm not willing to do anything for you is because I would do everything for you.

The reason I chose my life is because you ARE my life

:::sekadar berkongsi:::

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita.

TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...

KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?" TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau " duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...

Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

INI YANG BEST NI
Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....

Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian .. JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN!

Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh...Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...??? Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu??? Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia?????? Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....

FIKIR-FIKIRKANLAH. ......... ... ...

Tuesday, April 29, 2008

KERANG BUSUK

'.......pg yg gelap kini sudah terang.......'
mlm ni p mkn sate, memujuk ati yg hampir2 beku...

Monday, April 28, 2008

pagi yang gelap

kuew tiau+telur separuh masak..sdap
langit da mula mendung..sama mcm aku..
aku ni x sempurna (xde manusia yg sempurna pn)..kadang2 aku rasa aku ni x cukup membantu, x kira la pd sesiapa pn..
ade satu penyakit yg susah kita sebagai manusia hindar..PELUPA/CUAI..bertahun2 melekat dalam hati (x kuat iman)..teringat pula perumpamaan 'AIR DICINCANG TAKKAN PUTUS'..

mlm tadi tidur sebantal ngan paper cutter...
puas hati kan bila dpt buat ape yg kite nak, lebih2 lg dengan usaha sendiri..kepuasan yg x dpt org lain beri dan harganya x dpt d'nilai..tapi berbaloi ke?

sabar dan terima seadanya~syukur ade yg sudi, seketul batu yang x seindah rupa, ade juga org yang kutip..tapi kalu disimpan kemudian x d'jaga x guna juga, baek di buat peluru lastik..

kentut yang tidak berbau~xtau la kalau berbau pn dikata wangi juga, aneka ragam dalam bercinta, semua tu aku rasa..

bagai si ibu ketam mengajar anaknya berjalan lurus, nk dimarah tp diri sendiri pn x betul..sekurang2nya org lain hampir jugak mencapai puncak kejayaan, ada hala tuju, walaupun masih berjalan senget mcm ketam..haha

m.nasir cintakan musik bertahun2 lmnya, mungkin seumur hidup kan...aku pn manusia, yang ada hati dan perasaan, di beri kasih sayang, diterima seadanya..SYUKUR..dari hujung rambut ke hujung kaki kalau ade salah dan silap minta di maafkan semua kesilapan, kelemahan, kecuaian yang aku lakukan..doakan aku menjadi seorang suami yang terbaik untukmu seorang isteri ( NUR AFIZA BINTI ABDUL RAHMAN )

langit da mula cerah, harap2 aku pn sama...............................................

Friday, April 25, 2008

aku celaru


cmne niey...takut la, menghitung hari 2 hati m'jadi 1...
bkn senang...x pnh t'mimpi pn nk jd suami org...

1.6.2008~tergaru2 kepala ni bile pk cmne nk menggenggam tgn tok kadi tu nanti..
'aku terima nikah............'

buat hal la aku ni, org kate rilek je....cm senang je bunyinye..BERAT MATA MEMANDANG, BERAT LAGI BAHU YANG MEMIKUL..kalau dulu mkn sorang t b'dua, nk dok melepak ngan AJK ngeteh da x boleh lm...betul kate nabil, isteri ni bedarah A........ ' AAAAAA baru balik ke??! '....

payah kalau bakal bini cikgu ni...kena stayback spi tgh mlm :) ade kelas tambahan hehe

orang kate lagi... skang niey aku tgh darah manis, betul ke????patut la makin ramai org kena kencing manis
xde ah skang niey tgh kelat2 masam..lom lagi manisnye, lagipn nk elakkan bertambahnye pesakit kencing manis.....hahahahahaha

mak aku punye la suke..'YA ALLAH, PANJANGKANLAH UNUR IBUKU DAN MUDAHKAN LAH PERJALANAN HIDUPNYA'...amin
banyaknye jasa die pd aku niey..x t'bls seumur hidup aku..dlm dunia nie, xde org lain yg lbih b'jasa melainkan IBU...9 bulan menanggung tu..

BANYAKNYA DUGAAN
ms b'tunang ni la mcm2 benda jd, ish pening la..perang kecil kecilan tu berlangsung la jugak, harap2 jgn jd perang dunia ketiga udah la..

longlai jugak la 2,3 bulan niey, pnatnye teramat la sgt, lot of thing had 2 be done...
cmne agaknye arwah bapak aku masuk minang mak aku dulu eah...

ISMAIL BIN TAN~kembali kerahmatullah pada 20.10.2000.
aku rindu sgt..ingat lg senyum die, manis cm aku (sket2 kot)..baik orgnye, dulu kami ( ayah, mak n aku ) balik kg naek moto honda cup 70 cc, ujan ke, panas ke dah x dulik, asal spi kg..seronok la bile pk2 balik, ye la, zaman la ni nk jpa cmtu susah..zaman skang ni sume da moden, budak2 pn da malu nk naek motor nak mak abah, x paham aku....

tp yang pasti, Die la manusia paling gembira bile tau aku nk kawen..

AL-FATIHAH

Wednesday, April 23, 2008

kenangan dulu2.....(x brape nk dulu pn)

dulu....aku x pnah tegur die, dlm makmal sains aku skodeng2 je, 2 pn sket je, maklum la plajar cemerlang kena dok dpn skali nun, die dok blakang....

dlm klas pn sm, jarangnye tegur, nk b'ckp? huh x t'kluar pn pape..cm bodo..yg t'mampu senyummmmm..

bes skola kitorang lost contact, dnga kate die smbg form 6. aku??? keje kilang je beb, sbb ms 2 arwah ISMAIL BIN TAN sakit then penghujung 2000 'ayah' menghembuskn nafas yg terakhir..aku terumbang-ambing, x t'pikir langsung psl die.aku putus harapan nk blaja tp mungkin da t'tulis sku dpt tawaran blaja kt POLITENIK UNGKU OMAR, ipoh yg bestnye kt kg aku sndri..aktiviti degil aku x t'henti kt skola je, ni da extend kt ipt plak hehehe.. makin jauh aku ngan die, lg la x t'pk langsung nk jpa die..rindu beb, tgk die, senyum die, gelak die....fuhhh

penghujung 2002, sem akhir........aku dpt no tepon die..x spi 2 ari, b' pacaran lah kami tapi lpas 1 lbih kami putus, xde jodoh agaknye..selepas setaun kami jpa balik dlam keadaan yg x brape nk best, tapi akhirnya.......

21.10.2007 kami b'tunang.....insya allah 1.6.2008 kami akan melangsungkan perkahwinan.......AMIN

crite x sepadat mn tp ni la cite pendek aku yg x brape nk best..

...huh..susahnye


sebagai muqadimah.. kletak kletuk....setting jari 1 st time join blogger nie mencari ruang utk 'melepaskan' tanggungan ati, otak dan idea2 mengarut...

jadi..layannnn